Jumaat, 16 Januari 2009

MAKMAL KOMPUTER SK PAYA PULAI

PENDAHULUAN

Makmal Komputer Sk. Paya Pulai merupakan salah sebuah daripada Projek Pengkomputeran Fasa 2 melibatkan pembinaan makmal komputer di seluruh Malaysia. Makmal ini terletak di tingkat tiga (3) Blok D Sk. Paya Pulai. Makmal ini dahulunya adalah dua buah kelas yang menempatkan murid tahun 6 yang kemudiannya telah diubahsuai untuk dijadikan makmal komputer.

Ia mula menjalankan kerja-kerja awal pada tahun 2003 dan pembinaannya berjalan dengan lancar. Pihak KOMNAS Malaysia telah menaja kesemua 21 unit komputer yang ada di dalam makmal komputer ini.

Pihak DRB-HICOM telah menyerahkan makmal ini sepenuhnya kepada pihak sekolah pada 21 Januari 2004. Pada bulan Januari 2004, murid SK. Paya Pulai berpeluang belajar mata pelajaran Literasi Komputer di makmal komputer ini sehingga sekarang.

MISI

Makmal Komputer SKPP Berhasrat Menyediakan Satu Persekitaran Perkhidmatan ICT yang Berkualiti Dalam Membentuk Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah Yang Unggul.

VISI

Melahirkan individu cemerlang dan seimbang dalam semua aspek, berdaya saing tinggi dan berinteraksi secara positif terhadap perubahan dan cabaran terkini.

OBJEKTIF

Meningkatkan pembangunan dan penggunaan ICT di sekolah. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.

MATLAMAT

Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan Dasar ICT Kementerian Pelajaran Malaysia.

MOTTO

"Kejayaan Pasti Milik Kita"

0 ulasan:

Catat Ulasan