Penglibatan: 3 orang guru dan beberapa orang murid.
Tarikh: 24/03/2010
Ustaz menunjukkan cara menyapu sampah yang betul. "Habiskan satu-satu tempat dahulu baru berpindah ke arah lain" katanya.
Nampak debu-debu yang berterbangan tu kawan-kawan? Sebab itulah kita dituntut menjaga kebersihan sepanjang masa agar sihat selalu.
"Sapu ke arah sini. Ustaz ada pakai mask. Tiada hal."
Sempat lagi membaca risalah masa menyapu sampah. Rajinnya.
Gelagat muridku "berposing peluk tiang".
"Gam apa yang diguna ni? Senang je nak mencabutnya".
Jaga-jaga, pertama jaga almari supaya tidak rosak, kedua jaga tikar getah supaya tidak koyak.
"Bila dah ada duit boleh letak LCD Projektor di sini, tempat dah ada ni", fikirku.
Tidak sempat hendak pancar LCD murid-murid dah meminta wajahnya dipancar dek "flash" kamera.
"Apa benda tu? Ada kenderaan menghalang, ustaz".
Rajin membantu meringankan kerja cikgu satu amalan mulia.
"Haiya 'Alas Solah"
"Marilah menunaikan solat"
Gelagat murid-muridku, apa la yang mereka fikirkan ye?
"Uhuk...uhuk..."
"Ini bakal abang ipar saya yang tinggi ni...." Eh mana ada!!!
Gelagat murid-muridku, berangan jadi apa ni?
Bakal pemimpin masa hadapan... Insya Allah.
Uhuk.... Uhuk..
Bunyi batuk.
"Kroh...kroh..."
"Bagilah kat koi kamera tu! Alahai...bak la sini!"
"Fuhhhhh"
" Ini bakal adik ipar sa.... eh tidak,tidak,tidak...hehe"
"Buku saya ke ni?"
"Jumpa buku koi tak, kawan?"
Rajinnya.....
Sesi bersantai setelah menyiapkan kerja.....
Sejuk perut ibu yang mengandungkan anak-anak ini. "Kome pun letih weh, meh berehat sama"
Ingat kawan-kawan, "Sembahyang wajib. Belajar ilmu sembahyang wajib. Tidak sembahyang berdosa."
"Wahai kawan-kawanku, tujuh anggota sujud yang wajib kena tikar sembahyang ialah dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua ibu jari kaki. Hidung? Sunat."
Beruntunglah orang yang duduk jauh dari masjid kerana setiap langkah ke masjid, Allah akan berikan ganjaran satu pahala dan hapuskan satu dosa. Ada orang yang rumahnya dekat dengan masjid, langkah kecik-kecik untuk dapat pahala banyak. Boleh ke gitu?
Alhamdulillah sudah siap surau kita untuk digunakan seperti biasa.
Surau serbaguna.
Cantik dan berkilat, kurang debu.
Selesanya, mari mengerjakan amalan sunat bersama-sama amalan yang wajib.
0 ulasan:
Catat Ulasan