Selasa, 6 April 2010


    Assalamualaikum kepada pembaca blog semua. Harap anda semua sihat sejahtera. Meskipun sibuk menjalani berbagai-bagai perkara namun anda semua sempat lagi memerhatikan blog ini. Mungkin ada yang tidak kisah dengan blog ini, tetapi apabila ada yang bercerita, terdetik juga untuk klik ke http://skppulai.blogspot.com/ . Bukan begitu? Apa-apa pun mari kita ikuti cerita ini. Selamat bersantai.

    Baru-baru ini Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Paya Pulai mengadakan Kem Bestari Solat Tahap 2 di bawah Program j-QAF. Kali ini program ini dilaksanakan pada hari Sabtu, 3/4/2010. Guru-guru yang terlibat secara langsung yang menjayakan program ini ialah guru-guru Pendidikan Islam dan Guru KAFA. Di samping itu ada juga guru-guru lain yang terlibat. Bagi yang meluangkan masa melaksanakan tugas dan menyumbangkan khidmat bakti kepada program ini, terima kasih diucapkan. Pada masa akan datang jika ada guru yang ingin turut serta menjadi fasilitator amat dialu-alukan. Sekadar mengajar cara-cara solat tidaklah sesusah mana, tetapi jika mereka bertanya bab hukum, pandai-pandailah memaklumkan murid tersebut supaya bertanya kepada yang mengetahui seperti Ustaz dan Ustazah.
     Bagi murid-murid Tahun 6, 5, 4 mereka sudah biasa dengan program ini, kerana mereka sudah mengalaminya sejak tahun 1. Rasa-rasanya apa yang menarik minat mereka untuk hadir ke program ini? Cuba jawab................................(cuba fikir sejenak)................................... Ya, betul! Mereka minat untuk mengetahui cara-cara yang sempurna untuk mengerjakan solat. Mereka dapat belajar cara berwuduk, bacaan dalam solat, muafiq dan masbuk, tayamum, azan dan iqamah dan sebagainya.

    Tidak dinafikan, masih ada segelintir pelajar yang tidak hadir tanpa sebab, namun saya berharap agar mereka ini akan dapat hadir pada Kem Bestari Solat yang akan datang. Ingat kawan-kawan, solat itu tiang agama. Amalan yang mula-mula sekali dihisab adalah solat. Jagalah solat kita, mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa.

0 ulasan:

Catat Ulasan