Rabu, 26 Januari 2011




Pada tahun ini sahaja sudah dua kali kemalangan berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai. Kepada ibu bapa penjaga yang menghantar anak-anak kesekolah, pandulah dengan berhati-hati. Malang tidak berbau.

Oleh itu apa yang kita perlu buat untuk mengurangkan kemalangan:
1)Perlahankan kenderaan anda dan buat U TURN di kawasan yang dibenarkan sahaja.
2) Jangan meletakkan kenderaan hampir dengan jalan besar, supaya guru-guru dan kakitangan dapat keluar simpang dengan mudah tanpa memanjangkan leher.
3) Pastikan kenderaan anda benar-benar selamat untuk dinaiki.
4) Elakkan membawa kenderaan dengan laju dan berlumba-lumba.
5) Amalkan sikap toleransi dan bertimbangrasa kepada pengguna jalan raya yang lain.
6) Angkat tangan tanda meminta maaf sekiranya tanpa sengaja melakukan kesilapan (jangan buat tidak tahu sahaja).
7) Elakkan penggunaan hon dikawasan sekolah.
8) Ikut peraturan lalulintas.
9) Jangan biarkan kelalaian anda membuatkan orang lain susah.
10) Usah terburu-buru dan memandu secara melulu.




0 ulasan:

Catat Ulasan