Sabtu, 26 November 2011

Perkara: LAWATAN KERJA KE ”THINKING SCHOOLS” UNITED KINGDOM DARI 8 OKTOBER HINGGA 16 OKTOBER 2011
Peserta Lawatan:
Seramai 16 orang: 2 pegawai BPK, 1 pegawai IPGM, 1 pegawai BPSH, 2 pegawai AIM dan 10 orang penyelars program sekolah rintis

1. Dr. Hajar binti Mohd Nor, BPK
2. Pn. Marzita binti Omar, BPK
3. Dr. Roziah binti Abdullah, BPSH
4. Pn. Zainab binti Yusof, IPGM
5. Pn. Norlida Binti Samanudi, SMK Convent Muar, Johor
6. En. Jaisin Gopori, SMK Kota Marudu, Kota Marudu, Sabah
7. En. Wan Jamalludin Bin Wn Omar, SMK Gaal, Kelantan
8. En. Bala Murali A/L Tanamale, SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang
9. Pn. Subashini A/P Muthu, SJKT Port Dickson, Negeri Sembilan
10. En. Fakhrulrozi Bin Abd Rahman, SK Paya Pulai, Termeloh, Pahang
11. Pn. Zuliana Bt Ismail, SK Kiara Mas, Kuala Lumpur
12. En. Harunoor Bin Ismail, SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Padawan, Sarawak
13. Pn Ho Wye Kuan, SJKC Wen Hua Batu Berendam, Melaka
14. Cik Hasmu Binti Endot, SK Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu
15. En. Lionel Jackson, AIM
16. Pn. Lailiyah binti Baharuddin, AIM

Sekolah yang dilawati:
1. Wellington Primary School, Hounslow
2. Beechwood School, Slough
3. Rochester Grammar School
4. Oakwood Park Grammar School
5. Christ the King Primary School
6. Rhydypenau Primary School
7. Cardiff High School
8. Burraton Primary School
9. St. Peter’s School

Dapatan daripada permerhatian, temu bual dan penerangan pentadbir sekolah

1. Sekolah/ pengetua memohon daripada pihak Kestral untuk mengikuti program Thinking Schools. Mereka ingin melahirkan guru dan murid yang berfikiran kreatif dan kritis untuk berjaya di alam pekerjaan
2. Kesemua sekolah yang dilawati telah mengikuti program ini lebih 7 tahun
3. Semua guru dan murid menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Pemerhatian di beberapa buah kelas menunjukkan dengan menggunakan Alat Berfikir murid lebih fokus, berkeyakinan, dan aktif di dalam kelas. Aktiviti banyak berpusatkan murid
5. Prestasi murid meningkat selepas menggunakan Alat Berfikir dalam p&p
6. Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator
7. Murid yang mengikuti program ini tahu menggunakan Alat Berfikir dengan yakin dan dapat mengeluarkan idea atau pandangan menggunakannya
8. Murid dari +3 tahun (nursery) hingga 17 tahun menggunakan Alat Berfikir semasa belajar
9. Pengetua/Guru Besar membentuk pasukan Pemandu bagi menjayakan program ini. Pasukan ini bertanggungjawab untuk mengikuti kursus dan memberi kursus serta sokongan kepada guru yang lain.
10. Pengetua/Guru Besar sendiri akan memberi kursus kepada guru yang baru masuk ke sekolah mereka setiap tahun
11. Aktiviti kumpulan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana setiap kelas terdapat seorang guru pembantu di sekolah rendah dan di sekolah menengah seorang guru pembantu bagi setiap 2 kelas.
12. Sekolah akan memilih hanya 1 atau 2 Alat Berfikir (Thinking Tools) sahaja
13. Alat Berfikir yang diperkenalkan adalah: Thinking Maps, Thinking Hats, Habits of Mind, Q-Matrix Charts
14. Pada tahun pertama memperkenalkan program ini semua guru dan murid terlibat secara langsung.
15. Pada tahun berikutnya di sekolah rendah guru akan mengajar murid yang baru masuk sahaja mengenai alat berfikir.
16. Di sekolah menengah pula, murid Year 7 (umur 11 tahun) akan mengikuti program ini selama 6 bulan – 1 jam seminggu dalam mata pelajaran yang dikenal pasti oleh pengetua
Tindakan BPK
1. Menyediakan laporan penuh mengenai lawatan ini.
2. Membantu pihak AIM dalam mengendalikan kursus kepada sekolah rintis.

0 ulasan:

Catat Ulasan