Rabu, 4 Januari 2012




Maklumat berkenaan Program i-Think:

1. Nama Program yang hendak dilaksanakan adalah Program i-Think bukan Thinking Schools.

2. Program ini adalah bertujuan untuk membudayakan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan guru dan murid serta pentadbir dengan menggunakan alat berfikir. Ke arah menjadikan sekolah Berfikir “Thinking School”.

3. Semua sekolah Rintis adalah di bawah kawal selia KPM (BPK)/AIM dan dibantu oleh JPN (Pegawai Meja).

4. Pemantauan Rintis akan diadakan oleh KPM/AIM/JPN bermula bulan Jan hingga Jun 2012. Pemantauan ini adalah untuk memberi sokongan dan nasihat di dalam pelaksanaan program ini.

5. Pemantauan kajian rintis akan dilaksanakan bulan Mac hingga Jun oleh pihak Perunding bersama KPM/AIM menggunakan instrumen/ borang yang akan dibangunkan oleh pihak Perunding. Sekolah tidak perlu bina instrumen sendiri.

6. Penyelaras Program perlu menghantar laporan mingguan pada setiap hari Khamis/Jumaat bermula pada minggu pertama persekolahan iaitu 5/6 Jan 2012. Laporan perlu ringkas dan padat. Tidak perlu hantar gambar atau apa-apa evidence.

7. Segala aktiviti yang dilaksanakan menggunakan Thinking Maps boleh ditulis dalam buku latihan atau dalam bentuk lembaran kerja yang boleh diklip dalam buku latihan atau simpan dalam folder/ fail.

0 ulasan:

Catat Ulasan