Projek Rancak i-Think
PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU
PROGRAM i-THINK
TARIKH: 21 APRIL 2012
Bagi merancakkan lagi Program i-Think di sekolah kita, perkara-perkara tersebut harap dapat diambil tindakan dan digerakkan:
1) Menyediakan soalan/ pertanyaan/ perkongsian idea/ permasalahan/ kekeliruan untuk diajukan kepada sekolah kembar Sk Paya Pulai di United Kingdom iaitu “Rhydypenau Primary School”. Kepada setiap Panatia kumpulkan soalan dan serahkan kepada Drive Team. Tarikh akhir serah: 27 April 2012.
2) Menyediakan Bahan Pameran Program i-Think seperti semasa Majlis Pelancaran dahulu. Semua Panatia kumpulkan hasil kerja murid bersaiz A4/ A3 dan laminate. Pastikan nama murid dan kelas telah di catat. Multi-Flow Map masih kekurangan.
3) Bergotong-royong membersihkan serta menceriakan Bilik Operasi i-Think. Rasionalnya bilik ini akan dijadikan “Kelas Contoh” kepada pelawat-pelawat.
4) Menyediakan aktiviti murid selepas makan waktu rehat. Masa adalah selama lima minit. Bincangkan bersama Panatia masing-masing berkenaan murid-murid yang terlibat, topik yang akan dibuat, Thinking Maps yang dipilih, bahan-bahan yang akan digunakan dan senarai guru yang bertugas.
P/s: Pada bulan Mei/ Jun sekolah kita akan dipantau oleh pihak ketiga.
Selasa, 24 April 2012
0 ulasan:
Catat Ulasan