Sabtu, 13 Februari 2010

Pada kali ini kita akan fokus pada badminton.




Image Hosted by ImageShack.us
By skppulai at 2010-02-12


Kelab badminton ditubuhkan pada tahun 2008. Badminton memerlukan teknik pukulan dan skill permainan di jaring. Jika ditinjau dari pengamatan saya sewaktu membimbing murid-murid bermain badminton, rata-rata dari kalangan mereka menginginkan sebuah gelanggang untuk latihan.

Kos untuk membina sebuah gelanggang badminton untuk kegunaan sekolah amat besar. Sebuah tapak untuk membina gelanggang badminton sudah dikenalpasti iaitu di antara blok E dan blok F.

Tempat ini difikirkan sesuai kerana ia berada di tengah-tengah bangunan dan boleh mengurangkan tiupan angin.

Jika dilihat dari sudut pertandingan pula, sekolah kita telah menyertai pertandingan badminton pada tahun 2007 dan 2008. Kita berharap satu hari nanti sekolah kita akan mempunyai sebuah gelanggang badminton untuk kegunaan bersama.

2 ulasan:

piewahid berkata...

bagus n3 ni, hehehe...
tahniah kerana blog sntiasa dkemaskini

SK Paya Pulai berkata...

Bagus untuk semua warga sekolah..

Catat Ulasan