Ustaz Mohamad bin Wahid sedang mengetuai bacaan Yasin dengan dibantu oleh para ustaz dan ustazah yang lain. Program Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Tazkirah Pendek anjuran Bina Insan diadakan pada setiap hari Jumaat pada pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. Program ini berjalan sepanjang tahun dengan sokongan guru besar. Murid-murid yang terlibat adalah semua murid tahun 6. Mereka dikehendaki berkumpul di dewan sebelum program ini bermula iaitu pada pukul 7.30 pagi. Program ini sudah pun bermula pada 12.2.2010 dan ia diadakan di dewan. Pada minggu hadapan murid-murid tersebut akan berkumpul sekali lagi di dewan. Selepas itu program ini akan berjalan secara berjadual dan dipecahkan kepada dua kumpulan. Ia akan dijalankan di surau dan diketuai oleh seorang guru atau lebih. Kepada guru-guru yang tidak terlibat dengan kelas amat dialu-alukan untuk membantu melancarkan lagi program ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan