Khamis, 18 Mac 2010

Pada 13/03/2010 saya berkesempatan pergi ke kenduri anak En. Sabri bin Kadir di Telok Sentang. Anaknya Yatie bersama pasangannya Romie. Ingat lagi pada Pn. Zarizan binti Zakaria, adiknya pula Azza bertemu jodoh dengan Apis. Kendurinya berlangsung di Taman Seri Kerinau, Paya Pulai. Manakala pada 14/03/2010 saya menghadiri kenduri kahwin anak En. Dzainuddin bin Mohd Amin. Alhamdulillah, majlis perkahwinan berjalan dengan lancar. Semoga berbahagia para pengantin.